Diari: Bab 68

      Aku dengan dua lagi anakku yang masih bersekolah diperingkat rendah,hanya mampu bersabar menyaksikan kepulangannya yang selalu terhoyong-hayang akibat terlalu banyak mengambil alkohol, kadang dia meleter dengan kata-kata yang amat menyakitkan,hanya dengan kesabaran yang ada dalam hati saja yang membuatkan aku bertahan tinggal sebumbung dengannya, kadang juga bila terlalu mabuk dia tidak berdaya memandu terpaksa tidur dimana saja...itulah dia insan....entah sampai bila menyedari semuanya.
      Bulan Ramadan aku belajar berniaga dibazar mencari rezeki yang halal, ini kerana aku perlukan duit untuk balik beraya dikampung halamanku. Alhamdulillah walaupun tidak sebanyak mana aku syukuri kerana ianya titik peluhku sendiri, kalau mengharap duit yang dia beri memang tidak mencukupi....

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.

Duit Sampingan