Diari: Bab 69

      Pada musim perayaan atau cuti-cuti tertentu,aku terpaksa balik dengan anak-anak sahaja...kerana dia tidak mahu ikut sama,kalau dulu dia mahu juga diajak balik kampung tapi sejak 2,3 tahun kebelakangan ini dia selalu saja menolak bila ku ajak pulang kekampung.... dengan alasan tidak dapat cuti atau jauh, tanpa banyak bicara aku terpaksa balik dengan anak-anak dan memandu sendiri.Dia selalu menyuruhku bawa semua anak-anak bila balik kekampung,aku tidak tahu apa maksudnya suruh buat begitu,aku akur dan menurut saja apa kemahuannya..
      Masalah demi masalah dia timbulkan,selama hidup dengannya ada saja hal yang membuatkan manik-manik jernihku menitis membasahi pipi, kerana sudah tidak mampu menahan ''badai yang begitu melanda diriku'',
perlahan-lahan aku pujuk hatiku untuk melupakan kewujudannya dalam hidupku, aku bosan memikirkannya,aku dan dia boleh dikatakan sudah tidak sefahaman lagi. Bertahun aku berfikir,bila dapat kata putus yang membuatkan aku tenang, aku ajak dia berbincang agar mengakhiri dan meleraikan ikatan pernikahanku yang terlalu kusut dan tidak pernah mendapat restu dari semua keluarga terutama ayah yang tercinta. 
      Aku pasrah menerima balasan yang aku dapat sekarang setelah ingkar dengan kata-kata ayah dulu.......

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.

Duit Sampingan