Diari: Bab 63

      Rumahtangga yang aku bina tidak seperti yang aku impikan,aku hidup hanya di alam mimpi.Kebahagiaan yang pernah aku kecapi sebenarnya hanyalah igauan,aku bagai bernafas dalam lumpur,mahu meleraikan ikatan dari simpulan kusut penikahan dengannya amat seperti meleraikan tali tersimpul mati,aku terpaksa teruskan walau terlalu menyakitkan....ini kerana anak-anakku bergantung sepenuhnya padanya,insan yang telah menghancurkan hatiku,aku bagai patung bernyawa,dia hanya ujud bila dia rasakan perlu,tapi bila penyakitnya datang dia hilang dalam terang,muncul dalam gelap...penyakit gila dengan wanita lain,aku yang depan mata seolah-olah tidak ujud,yang aku dapat hanya sakit hati yang tak terkira,apa yang aku rasakan orang lain tidak nampak sebab bukan orang lain yang merasa tapi aku.
      Bila kunilai,kukumpul semua kesakitan yang aku dapat,tidak cukup ruang seluas padang bola,seluas dunia untukku bentang berapa banyak sudah kesakitan yang dia berikan padaku,airmataku hampir habis,kalau kukumpul airmata sejak mula mungkin selautan,bermacam cara aku lakukan untuk tidak menerima sumbangan ikhlas dari nya,sumbangan berupa sekalung derita,tangisan bila dia masih tidak mahu berubah jadi suami yang bertanggungjawab....

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.

Duit Sampingan