Diari: Bab 62

      Duapuluh tahun lebih hidup bersamanya bukan satu jangka masa yang singkat untukku menilai semua yang dia berikan padaku,semua sudah kurasakan pahit manis derita terluka bukan lagi perkara baru dalam hidupku malah sudah jadi satu kemestian dalam harianku,kalau semua itu tidak dia berikan padaku setiap hari rasanya insan yang aku kenali dengan nama 'J' tidak lengkap hidupnya dan bukanlah 'J' namanya!!!!
      Aku sudah serik,mahu saja aku melangkah dan terus melangkah tanpa menoleh kebelakang,tanpa pernah tahu kemana kaki hendak melangkah,langkah kakiku terus kuhayun tanpa henti asalkan hati dan fikiranku tenang,mahu saja aku pergi jauh sejauh-jauhnya,pergi dari hidupnya yang amat menyiksakan,tapi aku tidak tahu kemana harus kutuju,kerana aku tidak bekerja,selain bergantung padanya,demi anak-anak aku telan semua 

''kepahitan..
keperitan..
kesakitan..
kelukaan..
kesedihan dan kesengsaraan'' yang dia ciptakan untuk menghiasi dan menambah seri rumahtanggaku yang sudah kubina puluhan tahun tanpa RESTU.Memang payah untuk kutelan bagai menelan kaca dan akhirnya aku terluka sendiri.Sebenarnya sukar untukku terima dia lagi dalam ruang hatiku kerana dia sendiri yang telah menempah tiket istimewa dan termahal untuknya keluar dari hati dan hidupku...

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.

Duit Sampingan