Diari: Bab 56

       Aku bawa diriku balik kerumah ayah di kampung halaman kerana aku sudah tidak mampu menahan sakit hati yang hari-hari aku rasakan,aku pergi tanpa beritahu dia,aku tinggalkan anak-anak yang tiga orang dan hanya membawa anak bongsuku,tiba dirumah ayah aku mahu kehadiranku ayah sembunyikan dari pengetahuan dia yang sangat kubenci,beberapa hari berada dirumah ayah aku hanya menghubungi anak-anak yang aku tinggalkan,aku risau anak-anak sendirian dirumah,sedangkan dia berseronok entah dimana.
      Setelah hampir seminggu aku berada dirumah ayah,baru terdengar suaranya dicorong telefon bertanya dengan makcikku adakah aku dengan anak bongsu berada dikampung,pada mulanya aku tidak mahu dia tahu bahawa aku ada dikampung,tapi kerana dengar nada suaranya seperti orang menangis,aku suruh anak bongsuku bercakap dengannya dan dia berjanji akan menjemput kami malam itu.
      Aku sebenarnya tidak mahu kembali lagi kerumah itu kerana takut akan dibuat seperti selalu,sebelah malam dia datang dengan anak perempuanku,aku tidak sudi menemui nya,hanya makcik saja yang menyambut kedatangan mereka,bagi mereka makan sebelum kami balik malam itu juga.Aku hanya terpaksa ikut balik kerana memikirkan anak-anakku.
       Kami balik tanpa berbicara,diam membisu...kami dilanda musibah...tiba dibandar kereta bermasalah,tayar tercabut,nasiblah dia tidak pandu laju... kalau tidak mungkin maut sudah menjemput kami anak beranak.Kami minta bantuan saudara yang tinggal dekat,Alhamdulillah sudah boleh teruskan perjalanan perlahan-lahan,jam dua pagi baru sampai kerumah....

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.

Duit Sampingan