Diari: Bab 55

      Belum sempat lukaku sembuh,dia buat hal lagi yang menyakitkan,terfikir dalam fikirannya untuk meminta bantuan kawan-kawan atau saudara untuk menipuku, dengan cara menyuruh kawan-kawannya mengaku bahawa kononya kawan-kawan yang mengajaknya keluar walau sebenarnya bukan begitu.Tapi sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ketanah juga,begitulah selalunya dia merancang untuk menipuku,walau berjaya tapi aku ketahui jua akhirnya,ini membuatkan lukaku kian parah.....                             
      Petang ahad yang tenang aku bersihkan kebunku..dia turut membantu,baru saja memulakan kerja...datang seorang hamba ALLAH yang aku kenal dengan nama'L',dengan segaknya menaiki motosikal bertujuan mengajak J keluar kota dengan alasan mahu melawat anaknya yang sedang dirawat dihospital,dia meminta izin keluar dengan L,aku sebagai seperti kerbau kena cucuk hidung ikut saja rentak dan mengizinkannya pergi tanpa menyangka bahawa itu hanya rekaannya,tapi walau aku izinkan dia pergi hati tetap curiga,aku menyangka semua itu hanya satu alasan agar dia boleh keluar,akhirnya aku dapat tahu itu hanyalah rekaan semata-mata agar dapat menemui kekasihnya...

untuk memastikan cerita sebenar aku temui L dan kerana bersalah L gugup bila berhadapan denganku,jawapan yang L bagi mengatakan semua itu hanya  helah J agar dapat keluar.Hatiku terluka lagi membuatkan airmataku turun lagi entah titisan yang keberapa aku sudah tidak ingat lagi,nyatanya aku terus dibohongi dan begitulah setiap hari.....

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.

Duit Sampingan