Diari: Bab 54

     Dengan adanya duit berjumlah RM100.... cukupkah untuk menampung anak yang seramai empat orang dan memerlukan duit untuk meneruskan persekolahan,aku kasihan dengan nasib anak-anakku, walau tanpa bekal sesen terpaksa jua meneruskan pelajaran demi masa depan,aku selalu bagi anak-anak dorongan agar tidak putus asa,hanya itu yang aku pegang untuk menjadikan diri lebih kuat dan punya tujuan untuk teruskan kehidupan....ini kerana aku tidak punya pelajaran makanya aku mahu semua anak-anakku berjaya walau terlalu susah,aku selalu berkata pada anak-anak biarlah kita miskin harta tapi punya semangat untuk belajar,insyALLAH pasti akan berjaya,diiringi kesabaran yang ada dalam hati.... 
aku juga selalu merayu padanya agar berubah tapi yang selalu aku dapat hanya janji palsu dan hanya tinggal janji.                                                                                               
      Kerana terlalu ikut kan keinginan teman wanitanya dia sanggup membelikan apa saja yang diminta termasuklah satu set alat muzik yang agak mahal,aku dapat tahu setelah wakil ejen datang kerumah menagih ansuran yang tertunggak,pada mulanya dia tidak mengaku tapi kerana ada nama tertera atas resit dan dia tidak dapat berbuat apa-apa,begitulah Rahmat yang aku dapat....
ALLAH sentiasa menunjukkan apa saja yang dia sembunyikan,aku bersyukur walau ujianNya terlalu berat buatku,tapi aku selalu anggap ALLAH mengujiku kerana DIA lebih tahu yang aku mampu mengatasinya,kerana itu aku masih ada kekuatan untuk menempuh setiap masalah yang datang....

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.

Duit Sampingan