Diari: Bab 53

      Aku dan anak-anak sering ditinggalkan.... selalu makan tidak berlauk....dan setiap hari aku hanya mampu menyediakan nasi goreng tanpa lauk....
untuk meneruskan kehidupanku dengan anak-anak....aku belajar berkebun dibelakang rumah,seperti menanam sayur terung,kacang panjang,kacang botol dan cili padi,sekurang-
kurangnya hasilnya dapat aku jadikan sumber makanan tanpa membelinya di pasar.... 
      Inilah saja yang aku mampu sediakan untuk anak-anakku makan,aku pelbagaikan jenis masakan agar anak-anak berselera makan,kadang dengan bantuan jiran dapatlah aku berikan anak-anakku makan,kadang segan juga meluahkan apa yang terbuku dalam hati....tapi kalau dipendam akan membuat fikiranku tambah kusut,kerana teman wanitanya dia banyak berhutang.... hutang dengan 'AH LONG',dengan bank....dia gemar berhutang tanpa memikirkan akibatnya, gaji bersih hanya tinggal  RM100,ini membuatkan bank mengambil semula kenderaannya yang masih ada ansuran...
masalah ku bertimpa-timpa,hanya airmata yang sentiasa menemani bila aku tidak mampu menahan semua yang aku lalui,gara-gara hutang tidak terbayar dia diistiharkan muflis.....

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.

Duit Sampingan