Diari: Bab 45

      Walaupun dia menafikan konon-kononnya sudah tidak punya apa-apa hubungan lagi dengan teman wanitanya,aku tetap tidak percaya kerana aku mempunyai bukti bahawa dia masih kerap ke tempat perempuannya bila satu masa aku ekori dan mendapati dia letak kereta tidak jauh dari rumah perempuannya,kemana lagi hala tujunya kalau bukan kesana.Aku kerumah teman wanitanya untuk memastikan dia ada disana,tapi nasib tidak menyebelahiku kerana dia balik sebelum aku tiba,aku bergegas balik kerumah macam orang bodoh dan mendapati dia sudah berada dirumah dalam keadaan mabuk.
Dari saudara mara aku dapat tahu di pekan 'M' ada bomoh handal yang boleh mengembalikan keharmonian rumahtangga,aku ambil peluang untuk menemuinya dengan harapan dia boleh kembalikan suamiku padaku demi anak-anak.Tapi harapanku hanya tinggal harapan setelah beberapa kali aku temuinya langsung tidak memberi perubahan padanya malah makin teruk....

       Apabila aku perkerkenalkan J dengan bomoh tadi lain pula jadinya.Mereka jadi rakan kongsi niaga cakra padat lucah,ini tambah menyakitkan hati dan aku makin tidak percaya padanya lagi,aku juga menemui banyak cakra padat yang dia sembunyikan,diam-diam kusimpan dan tanpa dia sedari sedikti-sedikit aku rosakkan dan masukkan kedalam tong sampah yang dia buang setiap hari,lama-lama benda itu habis....
      Bomoh @ rakan niaganya mencariku dan bertanyakan benda yang sudah kubuang,aku tidak peduli dan buat-buat tidak tahu,hatiku berkata biarlah mereka rugi,yang penting hatiku puassss,disebabkan hal itu aku langsung tidak mahu mempercayainya,apatah lagi bila isteri bomoh ada menghubungiku mengatakan bahawa suamiku ada menemui bomoh di temani teman wanitanya.Hatiku bertambah-tambah sakit......

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.

Duit Sampingan