Diari: Bab 46

      Setelah dia balik aku beranikan diri bertanyakan hal sebenarnya,tapi dia tetap tidak mengaku malah  membohongiku lagi,katanya wanita yang bersamanya hanyalah seorang peniaga di pasar...tapi aku hairan apa kaitannya,kenapa bersamanya kalau betul seorang peniaga?dia berjanji akan perkenalkannya padaku,tapi sampai sekarangpun dia tidak tunaikan janjinya,bermakna perempuan yang ada bersamanya adalah teman wanitanya,sebab itu dia tidak berani tunaikan janjinya..
      Aku terlalu keciwa dengan perangainya yang semakin hari semakin menjadi-jadi selalu tidak balik rumah....
      Disebabkan dia belum balik sejak keluar rumah semalam...
seawal jam 4 subuh sebelum jiran-jiran bangun,aku bawa keempat-empat anakku keluar rumah, belum pasti mahu dibawa kemana kerana fikiranku bercelaru,yang penting aku dapat keluar dari rumah yang bagai neraka ku rasakan,sambil berjalan sambil berfikir mahu kubawa kemana langkahku dan anak-anak,dengan izin ALLAH kubawa anak-anakku balik rumah ipar ,tanpa memikirkan adakah kedatangan kami diterima atau tidak,aku hanya mampu berserah padaNYA.Setelah sampai dirumah ipar aku ceritakan semua masalahku,ipar hanya mampu menjadi pendengar,aku luahkan semua yang terbuku dalam hati.Iparku banyak membantu dari segi mengubatnya agar berubah dan kembali ke pangkal jalan,tapi semua sia-sia....

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.

Duit Sampingan