Diari: Bab 43

      Aku amat terpukul dengan kejadian yang aku saksikan,membuat hidupku hancur sehancur-hancurnya,kalau orang lain berada ditempatku mungkin sudah lama masuk hospital sakit jiwa,tapi alhamdulillah aku serahkan jiwaku yang hancur pada ALLAH swt.
      Setelah melihat kejadian yang menghancurkan hatiku,aku trauma dengan semua benda berwarna merah,bila aku nampak merah aku seolah-olah nampak wanita itu berkemban depan mataku,sebelum kejadian yang ku alami,aku adalah peminat drama cina..boleh dikatakan semua drama dalam tv aku tidak pernah ketinggalan,tapi sejak dia ada teman wanita berbangsa cina semua drama aku tinggalkan,aku benci semuanya.....
      Aku tidak menyangka ibu kepada teman wanita 'J' menghubungiku dan mengajakku bertemu,aku macam orang bodoh pergi menemuinya ditemani makcikku,dia datang dengan anak perempuannya iaitu teman wanita kepada suamiku yang menghancurkan hatiku dan hidupku,kami bertemu tidak jauh dari tempat penginapannya,si suami yang tidak bertanggung jawa hanya memerhatikan pertemuan kami dari jauh..

sambil minum-minum kami berbual,aku terkejut bila dia beritahuku suami mengaku duda punya anak dua,dan J berjanji akan membuktikan pada teman wanitanya dengan memberikan 'sijil matiku',aku benar-benar terkejut bila dia sanggup berkata begitu,dimanakah letaknya diriku selama ini?
      Dia juga mengaku hanya punya anak dua,ini bermakna yang dua orang lagi dia tidak anggap pernah ujud,begitulah kejamnya manusia yang bernama 'J',sanggup mengaku duda hanya kerana seorang wanita..
kerana nafsu dia sanggup mematikan aku sebelum waktunya.
Hanya tuhan saja tahu betapa sakitnya hati bila aku dapat tahu bahawa diriku telah dianggap mati,sedangkan aku masih lagi bernyawa.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.

Duit Sampingan