Diari: Bab 42

      Kebetulan di pekan Tanjung 'A' ada pesta,dia ambil kesempatan untuk keluar 3 hari dengan alasan bertugas atas arahan jabatannya,untuk membuktikan ada pesta dia mengajakku ketapak pesta,tapi dia tinggalkan sebentar kerana katanya ada hal,aku seperti orang bodoh berdiri keseorangan dikhalayak ramai tanpa tahu mahu buat apa,hanya berdiri menunggunya,tapi aku tidak percaya walau aku berpijak di tapak pesta kerana ku tanya pada rakan sepejabat yang mengatakan jabatan mereka tidak langsung tidak terlibat,bermakna itu hanya rekaannya saja.Aku hanya berdiam diri dan menerima pembohongan di sepanjang nadiku masih ada denyutan.....
       Sejak dia ada teman wanita macam-macam alasan yang dia cari untuk membolehkannya keluar rumah  agar aku mempercayai kata-katanya,tapi aku takkan terpedaya lagi kerana dia berkata-kata bukan dari mulut tapi dari buntut! 
       Kata orang kata kata-katanya lebih manis dari manisnya gula dan juga madu.....

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.

Duit Sampingan