Diari: bab 9

Hubunganku dengan AA tidak kekal apabila dia tidak datang pada janji kami untuk bertemu, yang aku terima hanya surat yang berbunyi seperti satu permintaan, surat itu berbunyi “Kalau masih mahu berkawan denganku belikanku kamera olympus” bunyinya seperti ugutan, waktu itu aku hanya pelajar yang menanti keputusan SRP, manalah aku mampu untuk menunaikan permintaannya,selepas itu aku kehilangan AA dan tiada khabar yang ku terima...aku keciwa lalu melupakan walau terluka....
         Sebulan berlalu, cuti sekolah pun habis dan sekolah dibuka semula seperti biasa,tiba masa keputusan SRP diumumkan,semua kawan-kawan sibuk ke sekolah melihat keputusan,sedangkan aku langsung tidak peduli apa yang aku dapat kerana masalah nombor kad pengenalanku tadi, aku anggap saja diriku gagal kerana tidak boleh buat apa-apa selain menangisi kebodohanku serta kesilapanku waktu itu.
         Kerana gagal meneruskan pelajaranku aku berhasrat untuk berhijrah kekota, aku minta izin atuk dan nenek tapi mereka keberatan untuk melepaskanku, ku merayu akhirnya dengan berat hati mereka mengizinkanku, atuk dan nenek sempat berpesan “Sampai sana nanti kau jaga diri ahh...” kata-kata itu aku sematkan dalam hati kerana mereka amat berjasa membesarkanku sejak lahir hingga aku meningkat remaja, beberapa butir manik-manik jernih membasahi pipi comotku, aku sedih tinggalkan mereka tapi aku perlu teruskan hidupku tanpa bergantung pada atuk dan nenek.Kebetulan aku mahu melarikan diri dari seseorang yang telah melamarku,nenek menyampaikan hajat seorang hamba Allah yang berhasrat ingin memperisterikanku,aku baru saja tamat sekolah tingkatan tiga,boleh dikatakan masih kebudak-budakan,lagipun yang melamarku orang yang berasal dari negeri pilipina,aku takut kerana aku tidak pernah mengenalinya,Alhamdulillah niatku berhijrah terkabul juga dan hamba Allah tadi mengerti niat sucinya tidak ku terima apabila aku keluar dari kampung.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.

Duit Sampingan