Diari: bab 10

Sewaktu aku hendak berhijrah kebandar,aku tidak menyangka ada seorang hamba Allah menghantarku keperhentian bas,entah dari mana dia dapat tahu bahawa aku mahu hijrah ke bandar,tiba-tiba saja muncul dan dia mendekatiku lalu menghulurkan suratkhabar ,aku tertanya-tanya apakah yang ada dalamnya,dia berpesan buka bila sudah berada dalam bas nanti,aku akur walau sebenarnya aku tidak sabar untuk membukanya....
Apabila  bas bergerak,perlahan-lahan aku membuka apa yang dia berikan padaku,aku terkejut bila dalam suratkhabar terdapat sekeping sampul surat lalu aku buka...
Rupa-rupanya hamba Allah tadi sudah lama menaruh hati padaku tapi tidakpernah  ku sedari....
aku tidak terus menerimanya kerana aku takut keciwa lagi setelah lebih dua orang hadir dalam hidupku yang sekadar singgah sekejap di ruang  hatiku....
sampai dibandar aku cuba membalas surat hamba Allah yang aku namakan T...
aku dan T berhubungan melalui surat,tapi hanya bertahan beberapa bulan saja,aku lupa kenapa hubungan kami putus dengan tiba-tiba tanpa ada sebab,masing-masing hilang jejak dan akhirnya aku lupakan T....


0 ulasan:

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.

Duit Sampingan