Diari: bab 8

      Peperiksaan SRP sudah selesai, sebelum cuti aku ke sekolah untuk bertemu kawan-kawan kerana cuti sekolah akan bermula,sebelum cuti sekolah aku sempat berkawan dengan budak ‘AA’ @ Irwan Shah itu nama samarannya ketika itu,memang mengancam kacaknya membuatkan imanku goyah lalu aku terpaut dengannya, memang digilai ramai remaja seusiaku, kacaknya seiras penyanyi Aman Shah, siapa tak kenal Aman Shah yang terkenal dengan tahi lalatnya, mungkin kerana itu aku tidak mampu menolak bila AA megirim surat untuk berkawan denganku,kerana AA aku putuskan hubunganku dengan ‘Y’ yang begitu setia denganku,aku sudah melukakan hatinya,aku katakan pada Y yang aku mungkin tidak sepadan dengannya,padahal aku terpesona dengan AA....

         Kejamnya aku pada Y,aku tidak pandai menjaga hati kawan hanya kerana ada yang lebih sempurna depan mata.Y hanya mampu mendoakan agar aku bahagia dengan teman baruku,aku terharu dan terpaksa melupakan Y hanya kerana AA. Aku tidak menyangka dalam ramai-ramai remaja aku menjadi pilihannya,sedangkan ada lagi yang lebih cantik dan lebih sempurna dariku,sahabat baikku sendiri meminatinya tapi bila AA tidak beri ruang pada kawanku,maka aku ambil peluang untuk mendekatinya, Aku dan AA semakin rapat setiap hari berutus surat,rasanya aku dan AA tidak mahu sekolah bercuti, kami takut bila cuti nanti pasti kami terpisah dan jarang bertemu..... tapi cuti tetap juga tiba, akhirnya kami terpisah jua, hanya surat yang menjadi penghubung antara kami,maklumlah di zaman itu hanya surat yang paling cepat untuk menghubungi seseorang,sistem pesanan ringkas belum ada pada waktu itu, aku tidak tahu apakah yang aku rasa ketika itu, mungkinkah itu yang dinamakan  CINTA MONYET?

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.

Duit Sampingan