Diari: bab 5
Di kelas sebelah pula ada seorang hamba Allah yang bernama ‘I’memendam rasa tapi tidak berani meluahkan isi hatinya,aku dapat tahu dari kawan rapatku,katanya ‘’si ‘I’ tu minat sama kau Orkid,tapi inda berani beritahu’’kata sahabatku..patutlah semacam caranya memandangku,rupanya ada hati mahu menguratku,tapi kasihan dia dibuang sekolah kerana selalu ponteng,setelah dibuang sekolah barulah dia berani mengirim surat padaku dan menyatakan isi hatinya,aku balas suratnya tapi tidak selalu kerana waktu itu aku belum tahu kenapa aku membalas suratnya,takkanlah aku juga suka padanya,ee..harap-harap perasaan itu dijauhkan dari hatiku kerana aku belum sedia untuk itu,aku juga pernah bagi I potretku bila I minta,aku pun minta potret I,aku terkejut dan merasa takut bila I bagi potretnya yang seksi terbaring,lalu aku kembalikan, menurut kawanku bila saja I dapat potretku ‘I’ tidak segan-segan terus mencium potretku dihadapan kawan-kawan lain,aku jadi takut dengannya kerana dah pandai buat macam tu di usia baru 14 tahun,sejak peristiwa itu aku jarang balas suratnya dan sekali gus mahu lupakannya,hubungan kami putus begitu saja.Aku tidak pernah ambil tahu sama ada dia dapat lupakanku atau sebaliknya......
11:38 PTG
|
Label:
Novel
|
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Dikuasakan oleh Blogger.
0 ulasan:
Catat Ulasan