Diari:bab 6
Pada musim cuti sekolah nenek selalu mengajakku kemajlis kenduri kahwin,kami kemajlis kenduri kahwin saudara nenek di kampung K tidak jauh dari pekan,disana aku dapat seorang kenalan iaitu adik kepada pengantin yang bernama Y,wah! Kira bertuah juga dapat berkenalan dengan adik pengantin,boleh tahan juga orangnya,sambil aku membantu basuh-basuh pinggan aku berbual-bual dengan Y,aku tidak keberatan bila Y ajakku bertukar-tukar alamat,aku dan Y berutus surat selama dua tahun tanpa pengetahuan sesiapa.Maklumlah ketika itu belum ada kemudahan lain untuk berhubung melainkan berutus surat.Y menaruh hati denganku dan aku membalasnya kerana bagiku Y cukup sempurna walau ketika itu aku baru berada dalam tingkatan dua tapi sudah ada yang berani berkenalan,aku bangga pada diriku kerana sentiasa disenangi oleh kawan-kawan,biarpun kami selalu berhubung semua itu tidak mengganggu pelajaran kami sehinggalah aku tingkatan tiga,aku dan Y kurangkan berutusan surat kerana masing-masing mahu tumpukan perhatian pada pelajaran,akhirnya aku menduduki SRP. Ada satu peristiwa yang tak dapat aku lupakan,sewaktu mengisi nama dan nombor kad pengenalan di kertas jawapan,aku terpaksa hitamkan nombor kad pengenalanku,ini kerana salinan kad pengenalanku yang sementara hilang, sewaktu mengisi borang untuk menduduki SRP aku tersilap tulis nombor kad pengenalanku, kerana kad pengenalanku belum siap.Aku sangka nombor yang tertulis dibelakang surat beranak adalah nombor kad pengenalanku,rupa-rupanya nombor kad pengenalan atuk yang di lampir agar mudah menuntut kad pengenalanku setelah sudah siap nanti......
11:44 PTG
|
Label:
Novel
|
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Dikuasakan oleh Blogger.
0 ulasan:
Catat Ulasan