Diari: bab 4

Di sawah,bukan saja memancing atau menjerat burung tapi aku juga seronok menghalau pipit nakal yang cuba untuk mencuri buah padi di sawah nan luas terbentang, aku menjerit bertujuan membuatkan pipit lari,kadang jiran sebelahpun menjerit dan jeritan kami bersahut-sahutan. Sewaktu di sawah aku dapat ramai kenalan kawan  ada yang nakal ada yang pendiam.
Sebut nakal,aku masih ingat dengan seorang budak yang aku kenal dengan nama S yang comel dan bermata sipit,aku suka berkawan dengannya walaupun S lebih muda 2 tahun dariku,S suka mengejarku ke sana ke mari. Seronok bermain, kami tidak  sedar matahari terbenam. Sebelum balik, kami berjanji “Kita jumpa lagi besok aahh..”, begitulah setiap hari kerana kami tinggal dikampung yang berlainan.
Hampir setiap petang aku ikut nenekku kesawah,badan rasa letih tapi setiap pagi aku harus bangun awal kerana terpaksa kesekolah,alhamdulillah tidak lama aku pindah ke sekolah lain dekat sedikit dari tempat tinggal,tapi walau dekat kalau di ukur jaraknya mungkin ada tiga batu juga, budak ‘S’ yang selalu mengusikku bersekolah disekolah yang sama. Ini memberi peluang untuk  ‘S’ selalu mengusikku, aku seronok bila berpindah ke sekolah baru kerana dapat ramai teman baru.Tiap hari, aku dan teman-teman jalan kaki pergi balik kesekolah beramai-ramai termasuk S yang selalu mengusikku.S memang  nakal, aku sentiasa jadi sasarannya. Tapi, aku tidak pernah ambil hati kerana mungkin itu sudah sifat semulajadinya suka mengusikku. Satu petang aku ke pondok S untuk bermain dangan kakaknya,Alam.S juga mengambil kesempatan untuk mengacauku,mengejarku tanpa kenal erti penat,nasib baiklah pondok tempat kami kejar mengejar tidak roboh,kerana S sangat cergas  aku tidak dapat mengelak lagi lalu aku dan S rebah,cup! S tercium pipi comotku,aku pandang S tapi seolah-olah tiada apa-apa berlaku S hanya memandangku sambil tersenyum,kalau aku teringat peristiwa itu aku tersenyum sendiri,hingga sekarang aku tidak pernah lupakan peristiwa lucu di zaman kanak-kanakku, tapi tidak lama kemudian S berpindah ke sekolah lain,aku rasa kehilangan,sunyi... kerana tiada lagi yang selalu mengejarku dan mengusikku,sejak S pindah aku tidak pernah bertemunya lagi dan aku mula lupakannya, ramai kawan-kawan lain lagi yang menjadi kawanku, sejak kecil aku suka berkawan dengan budak lelaki berbanding budak perempuan ,aku boleh dikatakan tomboy,selalu bermain guli,main bola sepak, hampir semua permainan budak lelaki aku sertai,dalam ramai-ramai kawan ada salah satu daripadanya menaruh hati padaku,sedangkan aku masih budak lagi waktu itu, akupun suka berkawan dengannya, semua orang kampung tahu aku rapat dengannya,dan aku selalu mendapat sindiran dari orang-orang dewasa mengatakan bahawa aku akan dijodohkan dengan budak lelaki yang menaruh hati padaku bila kami besar nanti,ini mungkin kerana aku seorang kanak-kanak yang ceria membuatkan ramai yang senang denganku.
Tamat darjah 6 aku lanjutkan pelajaran ke tingkatan 1, kanak-kanak yang tadi menaruh hati padaku sudah kurang ambil perhatian padaku, mungkin kerana dia melanjutkan pelajarannya kesekolah menengah dan dapat kawan baru, akupun lupakannya dan hubungan kami berakhir apabila masing-masing bawa diri.
Di sekolah menengah aku mengenali ramai kawan,kalau aku teringat ada seorang budak lelaki selalu  kirim salam denganku,aku merasa bersalah dan aku merasakan diriku sombong bila menyedari kesilapanku,sebenarnya aku tidak cerewet dalam memilih kawan tapi kenapa aku ego pada waktu dia kirimkan salamnya padaku melalui sahabatnya,aku marah padanya kerana hari-hari kirim salam hanya kerana matanya juling,aku tidak berperikemanusiaan sedangkan dia pun hamba Allah juga sepertiku,punya hati dan perasaan,ya Allah ampunkan dosa hambamu ini,dia keciwa lalu berhenti mengirimkan salamnya untukku,aku tidak sempat meminta maaf padanya kerana dia telah tamat sekolah lebih awal sebelum aku.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.

Duit Sampingan