Diari: bab 3
Aku dan nenek akan berkunjung kerumah ayah dipekan Kdt setiap kali tiba cuti sekolah,kakak tinggal dengan ayah dan 2 orang anak lelaki ayah dengan makcik.Kata orang jauh perjalanan banyak pemandangan banyak pengalaman,tapi aku tidak merasa pengalaman yang indah untuk dikenang kerana jarang bersama ayah dan kakak kecuali waktu cuti sekolah.
Zaman kanak-kanakku sentiasa ceria walau tidak bersama ayah dan kerana jarang berjumpa ayah aku takut dengan ayah bila pulang bercuti,aku seperti tidak biasa dengan kehadiran ayah,aku malu-malu bila ayah bawakan buah tangan yang ayah beli dari Bandar , mungkin semua itu disebabkan aku membesar tanpa ayah disisi.
Seperti biasa sebelah petang aku ikut nenek kesawah menolong menanam padi tapi tidak teratur sebab baru belajar,nenek selalu berkata kalau aku rajin menanam padi,aku akan dapat hasilnya nanti,tapi aku tidak tahu hasil apa yang nenek maksudkan,semangat terus ada bila nenek selalu bagi dorongan,kadang aku terlena dalam semak mungkin kerana terlalu letih,aku juga minat memancing ikan puyu berumpankan cacing,arghh… geli pulak bila teringat cacing yang mengeliat bila aku cuba memotongnya dan aku kaitkan kemata kailku,tapi bila umpan habis tanpa rasa belas kasihan aku korek mata ikan dan aku buat umpan,ikan pun melompat kegirangan mungkin dapat umpan berperisa baru,boleh dikatakan handal juga memancing,kalau dulu hasil ditimbang dengan kati,mungkin ada dua atau tiga kati juga yang aku dapat dalam sehari,aku juga selalu ikut dengan makcikku tangkap burung punai,dengan memasang getah atas pohon,aku handal memanjat pohon walau tinggi,walau pokok besar aku tidak pernah putus asa sehingga burung terjerat kerana hinggap di dahan yang sudah kuletak getah,setelah ku intai dari jauh ada burung yang sudah terkena getah lalu jatuh,aku tersenyum keriangan dan cepat-cepat kebawah pohon dan memungut burung-burung yang tidak berdaya untuk terbang lagi kerana bulunya terlekat getah,dengan buat kerja lasak seperti itu aku lupa bahawa aku adalah seorang kanak-kanak yang sepi tanpa teman bermain.
11:22 PTG
|
Label:
Novel
|
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Dikuasakan oleh Blogger.
0 ulasan:
Catat Ulasan