Diari: Bab 74

   
Demi anak-anak aku ketepikan semuanya,aku terpaksa sebumbung lagi dengan INSAN  yang telah menghancurkan seluruh hidupku......
Tapi rujuk yang bersyarat..aku hanya setuju rujuk demi anak-anak,bukan mahu menerimanya kembali untuk memberinya peluang untuk menambah kesakitan seperti yang dia berikan padaku dulu...memang aku tidak rela,tapi demi anak-anak aku rela menderita...
Sebelum rujuk,dia berikrar depan anak sulungku,katanya "ingin berubah dan berhenti mengambil alkohol,berjanji akan menjadi ayah yang baik dan bertanggung jawab..."
Janji hanya tinggal janji,dia masih  mengambil alkohol seperti selalu....

     Masa terus berlalu...alhamdulillah akhirnya pengajian anak-anak tamat dan sudah konvokesyen,aku bersyukur kerana anak-anak telah berjaya depan mataku,aku saksikan anak-anak memakai topi yang menandakan sudah berjaya meraih segulung ijazah dipuncak menara gading....
aku nikmati hasil pengorbananku yang tidak pernah peduli dengan penderitaan yang aku lalui....yang penting aku dapat melihat anak-anakku berjaya menaiki tangga menara gading...

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.

Duit Sampingan