Diari: Bab 67

      Sewaktu anak-anak masih dalam pengajian,rumahku sentiasa dikunjungi anak remaja sebaya anak-anakku yang juga adalah kawan kepada anak-anakku,dan mereka adalah Jemaah masjid yang selalu tempat aku abadikan diriku,kalau ada rezeki aku masak untuk dihidangkan,mereka sudah menganggapku seperti keluarga,boleh dikatakan hampir setiap minggu datang kerumah,kadang aku masak makanan tradisi dari kampungku,disini dia mula menganggapku yang bukan-bukan,katanya aku ada hubungan sulit dengan salah satu anak-anak yang berkunjung kerumahku,sedangkan aku menganggap mereka tidak lebih dari anak-anakku,dia menuduhku selalu bersms dengan anak remaja,memang aku akui selalu bersms tapi bukan dengan anak remaja seperti yang dia sangka tapi dengan anak perempuanku atau dengan kawan-kawan,maklumlah ketika itu hidupku terlalu susah,hanya dengan cara bersms saja boleh berhubung kerana mahu berjimat,kerana salah sangkanya yang menjadi-jadi dia sanggup keluar bilik dan tidur berasingan denganku,aku pasrah kerana itu kemahuannya.
      Aku terima segalanya dengan hati yang terbuka.
      Aku tidak akan menjilat ludah..
 Itu prinsipku agar hatiku tenang walau selalu terluka....

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.

Duit Sampingan