Diari: Bab 65

      Alhamdulillah berkat kesabaran yang aku semat dalam dadaku selama ini,dua orang daripada empat anakku berjaya melanjutkan pelajaran kesebuah universiti tempatan, aku gagahkan diri untuk memberi sokongan agar anak-anak berjaya hingga ke puncak menara gading kerana itulah impianku selama ini.....
      Masalahku dengannya aku belakangkan, aku tidak fikirkannya lagi, kerana walaupun aku fikirkan setengah mati,dia tetap dia yang dulu yang sudah tentunya sentiasa ditemani botol-botolnya,kerana selagi dia tidak mengubah cara hidupnya,mana mungkin aku mampu mengubahnya,daripada sakit hatiku bertambah parah lebih baik ku tutup fikiranku daripada terus memerah otak membuang masa untuk insan yang sudah banyak meninggalkan kesan luka dalam hatiku,dalam hidupku....
        Sudah pasti tiada kesudahannya.......

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.

Duit Sampingan