Diari: Bab 61

      Aku selalu risau bila tiba hari Isnin,Jumaat dan Sabtu kerana hari tersebut adalah hari-hari kegemarannya tidak balik kerumah,walau bermacam cara aku menghalang agar dia tidak keluar rumah tapi semua tidak berhasil,ada saja alasannya sehingga aku tidak mampu menghalangnya melainkan merelakan pemergiannya,aku dirumah bagai cacing kepanasan,resah tidak menentu,fikiran kusut memikirkan dan membayangkan dia dengan orang lain,sakitnya 'HATI' hanya ALLAH saja yang tahu……
      Bermula 2004 aku berjinak-jinak berkunjung kemasjid menenangkan fikiran,walau tidak tenang sepenuhnya tapi agak berkurangan beban yang hatiku tanggung,aku dapat meluahkan apa yang terbuku dalam hatiku,dapat mengadu denganNya memberikan sedikit ketenangan,dimasjid aku bertemu dengan seorang hamba ALLAH yang senasib denganku,kami berkongsi masalah dan masing-masing meluahkan apa yang tidak tertanggung seorang diri....

      Alhamdulillah dengan berkongsi masalah beban yang ditanggung kurang sedikit....

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.

Duit Sampingan