Diari: Bab 38
Badanku mengigil kedinginan,berkeringat,terasa darahku berderau,telingaku berdesing,nafasku seakan berhenti,kelopak mataku mula mengeluarkan manik-manik jernih,aku istigfar panjang-panjang,kak Ana yang mendengar dicorong telefon suruhku bersabar dan memberikan alamat tempat yang selalu dia kunjungi....
Tanpa menunggu kak ana meletakkan telefon aku bergegas keluar rumah dan menuju ketempat yang kak Ana beritahu,beberapa minit dan tanpa sedar aku sudah berada di alamat yang kak Ana bagi ditemani anakku lelaki yang berusia 9 tahun,dari jauh aku nampak keretanya tersadai ditempat letak kereta,seolah-olah tempat letak kereta itu miliknya..aku cuba bertanya pada orang-orang yang ada disana dimanakah pemilik kereta yang bernombor xxxx dan mengaku bahawa aku saudaranya agar tidak disalah anggap,Alhamdulillah mereka beritahu''dia tinggal diatas tu''aku tidak sabar naik keatas mencari dimanakah bilik tempatnya tinggal dengan teman wanitanya,aku bertanya pada penghuni lain,kebetulan tempatku bertanya adalah ibu kepada teman wanitanya,dengan senang hati ibunya menunjukkan bilik yang hanya bersebelahan dengan bilik ibunya....
10:35 PTG
|
Label:
Novel
|
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Dikuasakan oleh Blogger.
0 ulasan:
Catat Ulasan