Diari: Bab 37

      Pagi sabtu 30.08.2003 adalah tarikh keramat bagiku,tarikh yang tidak mungkin aku lupakan selamanya dalam hidupku,sehingga ku menutup mataku...kerana  tarikh tersebut adalah tarikh paling MENGUJIKU selama aku hidup berumahtangga dengannya,walau selama ini aku selalu mengalami masalah yang sama tapi tidak sehebat masalah yang bakal aku dapat hari ini kerana aku akan menyaksikan sendiri sandiwaranya didepan mata kepalaku sendiri...
       Hari ini aku tidak menyangka akan menerima panggilan HANGAT dari isteri kawan rapatnya,cukuplah aku gelarnya kak ANA,kak Ana memberanikan diri membocorkan rahsia J padaku,katanya dia tidak sanggup melihatku hari-hari  dibohongi,satu  persatu aku dengar dengan teliti,rupanya selama ini dia sebenarnya membohongiku seperti yang kucurigai,kini terjawab semua persoalan yang bermain dikepalaku selama ini,dia selalu memberi alasan kerja lebih masa tapi tidak ada elaun yang dibayar kerana menurutnya hanya bantu kerajaan,tapi yang sebenarnya pergi ketempat teman wanitanya....

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.

Duit Sampingan