Diari: Bab 33

      Tujuh tahun hidup bersamanya tanpa sedikit pun berubah,aku sekali lagi disahkan hamil,diawal kehamilanku doktor mengesahkan kandungan bermasalah dan perlukan rehat yang cukup....
      Saat melahirkan sudahpun tiba,aku dibawa kehospital dan terpaksa masuk wad seminggu sebelum melahirkan kerana menurut doktor aku perlukan rehat yang cukup sebelum membuat pembedahan,menurut pemeriksaan doktor aku perlu dibedah kerana masalah uri dibawah,setelah seminggu berada dihospital sudah tiba masanya aku lakukan pembedahan.

      Alhamdulillah bayiku lelaki selamat lahir,begitulah sengsara yang aku rasakan,pengorbananku padanya lebih daripada cukup,bila melahirkan melalui pembedahan,rasanya aku bertarung nyawa antara hidup dan mati,aku berdoa agar dengan pengorbananku yang bukan sedikit akan membuat dia insaf dan menyedari semua perbuatannya,dengan kehadiran anak-anak aku berharap luka yang dia berikan padaku beransur pulih,cuma aku sedih dengan nasib anak-anak tidak seperti anak orang lain,mewah dengan pakaian yang berjenama,makan makanan berkhasiat serta minuman yang boleh menyihatkan badan,sedangkan anakku hanya ada baju baru yang aku beli dari kedai pakaian terpakai,tapi aku syukuri kerana anak-anak tidak pernah cerewet hanya menerima apa adanya yang aku mampu berikan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.

Duit Sampingan