Diari: Bab 32
Bila duduk termenung sendirian,baru aku sedar dan terfikir inilah balasan yang aku dapat bila ingkar kata-kata semua keluargaku dulu,inilah yang moyangku mahu katakan padaku di awal pernikahanku tapi moyangku tidak bererus-terang denganku,aku kesal kerana moyang biarkan aku hanyut melayari perjalan hidupku tanpa haluan,terdampar dan tidak dapat menemui tempat berlabuh,aku terpaksa menelan semua yang aku dapat dari keingkaranku,kebodohanku dan semua yang aku alami telah mengajarku erti kesabaran serta ketabahan,aku juga berharap moga suatu masa nanti sebelum terlambat aku akan dapat nikmati erti hidup yang yang sebenarnya.
Untuk meneruskan hidup aku belajar berniaga kecil-kecilan,menjual bunga dan ikan masin,walau hasilnya tidak memuaskan tapi alhamdulillah aku syukuri kerana dapat mengurangkan kesengsaraan yang anak-anak rasakan,airmataku mengalir bila memikirkan anak-anak selalu kelaparan tanpa wang saku sesen pun sewaktu ke sekolah.Balik dari sekolah belum tentu ada hidangan yang aku dapat sediakan,hidup yang aku lalui benar-benar sengsara,kadang untuk mendapat sesuap nasi pun payah,kadang aku terpaksa beranikan diri berhutang dengan jiran sebelah,kadang ke laut mencari siput,kerang dan apa saja yang boleh dijadikan sumber makanan,yang penting anak-anakku tidak kelaparan.Kalau sudah tiada tempat meminjam,aku terpaksa menyimpan barang kemasku untuk mendapatkan duit belanja,tapi sayang kerana tidak dapat membayar faedahnya barang kemasku tergadai begitu saja,tapi aku tidak pernah kesali kerana semua itu demi anak-anakku....

10:04 PTG
|
Label:
Novel
|
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Dikuasakan oleh Blogger.
0 ulasan:
Catat Ulasan