Diari: Bab 30
Setiap hari aku desak agar J mengaku apa yang aku dapat adalah benar bukan main-main....dia agak susah untuk mengaku dan terus menafikannya...tapi aku tidak putus asa sehingga akhirnya dia berani mengaku tapi jawapan yang aku dapat kurang memuaskan kerana menurutnya hanya sekadar kawan tidak lebih dari itu.
Egonya tidak berakhir begitu saja,J cabar aku...katanya ‘’kalau kamu berani,kamu pergi tmuinya’’aku pantang dicabar lalu aku pergi menemui S, J pula hanya berani memerhatikan kami dari jauh.Ternyata J membohongiku bila S mengaku yang J memang mahu menikahinya..Hatiku hancur dan mahu menangis didepan S,tapi ku tetap bersabar dan tidak mahu S nampak aku lemah.
Dia mereka-reka cerita yang amat menyakitkan bila J memfitnahku sewaktu ibunya meninggal J katakan pada S aku tidak ikut balik kampung,sedangkan aku sentiasa ada disisinya tak kira dimasa J susah ataupun senang,apakah maksudnya memburuk-burukkanku depan teman wanitanya?J juga sering mengaburi mataku dengan membawa majalah mingguan wanita yang merupakan majalah kegemaranku,katanya diambil dari pejabat kerana pemiliknya sudah habis membaca,aku tidak pernah menyedari bahawa majalah itu dari tempat S bekerja,aku hanya menyedari setelah ternampak tertulis nama tempat S bekerja, sakit hati dan rasa benciku pada J bertambah nilainya kerana membohongiku.
Tanpa banyak bicara dan malas mahu bertengkar aku pasrah atas semua yang terjadi aku ambil keputusan balik kampung untuk menenangkan fikiran,aku sudah tidak peduli apa orang kampung kata tentang rumahtanggaku kerana bukan mereka yang merasa.Aku sudah tidak mampu menahan penderitaan yang J sering berikan padaku,sepanjang berkongsi hidup dengan J,aku sudah banyak mengumpul anugerah yang J berikan padaku,bergulung-gulung ijazah penderitaan,kelukaan,kesakitan segalanya kuterima walau payah untukku tapi demi anak-anak aku terus pastikan yang nadiku masih berdenyut walau kadang payah untuk menarik nafas.

10:48 PTG
|
Label:
Novel
|
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Dikuasakan oleh Blogger.
0 ulasan:
Catat Ulasan