Diari: bab 26

      Kandunganku sudah cukup 9 bulan dan tiba masa aku melahirkan,aku dibawa ke hospital QUEEN ELIZABETH,alhamdulillah tanpa banyak masalah aku selamat melahirkan anak lelaki yang aku namakan ‘A’.Dengan kehadiran anakku aku lupa masalahku seketika,aku bahagia ada si comel,mendengar tangisan anakku aku menyedari aku kini telah jadi ibu,ibu muda yang tidak pernah menyangka akan menyusuri perjalanan hidup yang begitu sukar,tanpa ada tempat mengadu.
      Sedihnya,walau dia sudah bergelar ayah dia masih selalu mengambil  alkohol,selalu keluar dengan kawan-kawan bila balik mabuk,aku hanya mampu menyaksikan dia berseronok,tanpa sedar dia berikanku kesakitan yang tak pernah ada akhirnya,aku terpaksa pertahankan rumahtanggaku demi anak-anakku,apa saja perbuatannya ku telan walau sepahit hempedu kerana aku takut keluargaku tahu yang selama ini aku hidup merana dan aku tidak mahu keluargaku tahu bahawa suami yang aku pilih dan yang aku agung-agungkan selama ini tak pernah berubah,baru-baru menikah aku nekad akan merubahnya dan ingin membuktikan pada keluarga yang aku mampu mengubahnya satu masa nanti,kesabaran demi kesabaran kusematkan dalam hatiku,tapi apa yang aku harapkan tidak pernah memberi petunjuk bahawa dia akan berubah… 

      Airmata adalah teman setia yang selalu menemaniku disaat deritaku tak mahu meninggalkanku NAMUN terselit satu pertanyaan dalam hatiku kenapa aku harus pilih dia dulu walau tak direstui oleh semua ahli keluargaku,dan aku kesali keluargaku tidak berusaha sekeras-kerasnya menghalangku agar aku tidak menikah dengan J,sedangkan ada insan lebih sempurna darinya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.

Duit Sampingan