Dairi: bab 25

      Akhirnya semua teka-tekiku terjawab apabila malam itu aku saksikan dengan mata kepalaku sendiri dia memeluk orang lain,tapi kerana mahu membela dirinya dan mahu menafikan hubungannya,dia sanggup mengacukan pisau kearahku yang sedang sarat mengandungkan anaknya,aku menjerit sekuat hati kerana tidak menyangka dia sanggup bertindak sekejam itu,menikamku hanya kerana seorang wanita, mendengar jeritanku ramai jiran-jiran terkejut dan datang kerumahku...
      Riuh juga jadinya,aku tak mampu berkata-kata melainkan bersabar dan menangis kerana aku hamil,aku hanya fikirkan anak dalam kandunganku,kalau ikutkan hati masalah tak akan selesai kerana dia habis-habisan menafikannya sedangkan peristiwa itu baru saja berlaku depan mataku,dia kata hanya suka-suka tanpa niat lain,bagiku walau suka-suka ianya amat menyakitkan,selepas kejadian itu jiran yang terlibat terpaksa balik kampung atas permintaan kakaknya kerana tidak mahu dia terus mengganggu rumahtanggaku,aku hanya berdiam diri tanpa ungkit hal semalam,maknanya dia terlepas begitu saja!

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.

Duit Sampingan