Diari: bab 22

       Setelah hampir sebulan lebih pemergian anakku yang sulung,aku disahkan hamil lagi.
Kali ini aku akan berhati-hati agar tidak mengambil minuman bergas lagi di awal kehamilanku kerana aku tidak mahu bayi keduaku mengalami nasib yang sama di atas kecuaianku,aku bersyukur kehadrat ilahi kerana dikurniakan zuriat lagi......
         Di saat aku hamil anak kedua,aku tidak pernah menyangka hidupku yang aku harapkan bersinar perlahan-lahan berarak mendung kelabu mengiringi perjalanan hidupku,

J kembali keperangai lamanya,ambil alkohol,malah bukan setakat alkohol tapi aku juga dapat tahu J ada teman wanita tapi aku tidak dapat  berbuat apa kerana belum ada bukti,ketika itu kandunganku berusia 7 bulan.....
          Aku hanya mampu bersabar dan ku ketepikan semuanya agar hatiku tenang dan kandunganku tidak terganggu...

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.

Duit Sampingan