Diari: bab 21

       Beberapa bulan aku disahkan hamil,walau aku sudah berbadan dua dan ayah bakal jadi atuk..ayah tetap tidak sudi bercerita apalagi duduk bersembang dengan menantunya,aku buat seperti tidak pernah ada halangan dari ayah,selalu balik rumah ayah tapi usahaku tetap tidak berhasil,mungkin ayah malu bermenantukan J yang pernah memberontak di rumah sewa tidak lama dulu kerana terlebih ambil alkohol,walau ayah hanya terpaksa merestui pernikahanku tapi aku sungguh bahagia kerana dapat memiliki J dan dapat memberinya zuriat.

       Disaat cinta masih berbunga-bunga apapun keburukan pasangan tidak aku hiraukan,aku berdoa pada ALLAH agar aku bahagia hingga ke hujung nyawa.Sedikit demi sedikit J menampakkan perubahan,jarang mengambil alkohol,itu membuat aku tambah yakin yang J benar-benar berubah.Lebih meyakinkan aku apabila J selalu berkata dia amat bertuah mengenaliku lantas merubah haluan hidupnya yang selama ini jauh terpesong,aku syukuri kerana kehadiranku J hargai...
        Perutku semakin membesar,aku di jaga dengan penuh kasih sayang,apa saja aku minta J tunaikan,J  amat menyayangiku,aku rasa bertuah kerana menjadi isterinya,setelah cukup 9 bulan bayi pertamaku lahir seorang bayi perempuan yang comel hasil perkongsianku hidup dengan J,aku namakannya ‘E’,tapi bayiku terpaksa dimasukkan dalam kaca kerana mengidap sakit paru-paru....

        Doktor mengesahkan punca anakku dapat penyakit disebabkan di awal kehamilan aku mengambil minuman bergas berlebihan setiap hari tanpa mengetahui akan mengakibatkan anakku mendapat penyakit tersebut,aku kesali tapi apakan daya sudah terlambat,maafkan mama anakku.......

        Anakku hanya dibenarkan keluar wad selepas 2 minggu,sebagai ibu muda aku memang tidak tahu apa-apa ketika itu,aku beruntung kerana ada ibu mertua yang terlalu baik dan sanggup menjagaku sewaktu dalam pantang dan sambil menjaga bayiku,selepas 2 minggu keluar wad anakku demam panas,aku dan J serta ibu mertua membawa anakku balik kampung kerana menurut mentua elok anak di bawa jumpa bomoh,aku dan J hanya ikut saja,baik bagi mertua baiklah bagi kami,maklumlah kalau orang kampung dulu-dulu percaya bahawa bomoh boleh menyembuhkan segala penyakit,tapi selepas anak di bawa jumpa bomoh anak masih belum sembuh lagi,aku terpaksa bawa anak kehospital sebagai usaha terakhir....tapi ALLAH lebih menyayangi anakku,di pagi jumaat yang mulia anakku menghembuskan nafas terakhirnya di tapak tanganku diusianya dua bulan enam belas hari,aku pasrah kerana Allah lebih menyayanginya dan aku merelakan pemergiannya.......


0 ulasan:

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.

Duit Sampingan