Diari bab 13
Tidak lama ayah bercadang untuk berpindah dan menyewa dipekan S, tidak jauh dari tempat ayah bekerja, tapi hanyalah sebuah bilik kecil, alhamdulillah walaupun kecil bolehlah kami berteduh dari hujan dan panas.
Dirumah sewa baru bermula episod duka dalam hidupku yang penuh onak dan duri, sebagai anak dara sunti belasan tahun aku menjadi siulan anak muda yang sama-sama menyewa. Disini aku mengenali H, yang menyatakan dia menaruh hati padaku, aku terima dengan hati yang terbuka kerana kebetulan aku belum berpunya.
Tanpa ku sedari, rupanya H adalah kekasih M yang juga adalah sahabatku.Aku serba salah dan mahu putus dengan H tapi tidak disetujui oleh H kerana katanya dia terlalu menyayangiku,aku berbincang dengan H sehingga aku melarikan diri ke tengah lautan. H mengejarku,memanggil-manggilku dengan panggilan manja ISMA,’’Isma,jangan tinggalkan aku bah,kita bincang dulu,pertimbangkan apa yang aku cakap ni’’ini ungkapan dari H yang membuatkan aku lemah dan simpati, tapi aku tetap menghormati persabahatanku dengan M.
Hubunganku dengan H akhirnya sampai kepengetahuan M, tapi dia tidak memusuhiku, sebaliknya mengajakku berkongsi H dengannya, tapi sebagai wanita yang berperasaan,aku tidak sanggup kerana M lebih dulu memiliki H.Aku katakan pada M,kumbang bukan seekor mungkin H bukan untukku. Aku ambil keputusan untuk berundur dari hidup H,tapi bila aku suarakan pada H ternyata dia tidak setuju.Aku tetap merayu agar H melepaskanku akhirnya H pasrah tapi aku sedih bila nampak diwajahnya jelas terluka.
Aku tidak mahu dituduh merampas tunang orang,kalau ikutkan hati memang aku tidak mahu lepaskan H kerana aku pun sudah mula menyayanginya ,namun apakan daya aku tidak ditakdirkan untuk bersamanya.....dan beberapa bulan kemudian, aku mendapat khabar H dan M telahpun diijab kabulkan...
Alhamdulillah aku hanya mampu berdoa agar H dan M hidup bahagia,bila teringat aku membuatkan H terluka dan keciwa airmataku mengalir namun begitu aku perlu teruskan hidupku tanpa H.
11:54 PTG
|
Label:
Novel
|
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Dikuasakan oleh Blogger.
0 ulasan:
Catat Ulasan