Diari: bab 12

Sebenarnya dalam diam aku menaruh hati pada jejaka dusun yang
sebelah rumahku....
sehingga aku berani mencantumkan namaku dengan namanya tapi sayang rupanya aku hanya bertepuk sebelah tangan,malunya aku ketika itu nasiblah tiada orang tahu bahawa aku perasan pada jejaka yang aku sangkakan suka padaku...
     Daripada memendam perasaan lebih baik aku lupakannya dan cuba beri peluang pada G jiran sebelah yang dah lama menaruh hati padaku,
     Alhamdulillah aku dengannya ada perasaan yang sama,aku balas suratnya dan aku beri sendiri, walaupun tulisannya macam cakar ayam tapi boleh tahan juga kacaknya ala-ala pelakon korea kalau zaman sekarang hehe….,aduh!! Kenapa aku mudah tergoda dengan lelaki kacak,sedangkan aku hodoh..
      Kata orang tua-tua lelaki  kacak belum pasti  boleh menjamin  kebahagiaan,tapi sudah lumrah perempuan akan terpikat dengan lelaki...
      Tanpa pengetahuan ayah kami terus berkawan dan berutus surat setiap hari,kalau ada peluang kami jalan sama-sama menuju ke bandar,aku belajar menaip,dia menuju ke tempat kerjanya,aku gembira bersamanya dan berharap satu hari nanti dapat hidup bersama,tapi malangnya hubunganku dapat di hidu oleh keluargaku dan melarangku berhubung dengannya dengan alasan dia hanya pekerja buruh kasar dan menurut keluargaku itu tidak menjamin masa depanku,demi masa depanku aku akur dan kami terpaksa berpisah tanpa rela.......

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.

Duit Sampingan