Diari: Bab 59
Bertahun berlalu masalah tetap setia mengiringi perjalanan hidupku,hingga tiba masa Negara 1 MALAYSIA mengundi untuk memilih pemimpin,ini memberi peluang untuk dia menambah nilai pembohongannya padaku,dengan sekeping surat yang dia suruh taip dengan staf dipejabatnya dan beri padaku yang kononnya dari suruhanjaya pilihanraya untuk membuktikan bahawa dia tersenarai bertugas menjaga undi disebuah kampung terpencil jauh dari pekan,disebabkan jauh dia terpaksa menginap selama dua malam,tapi itu katanya,aku tidak berdiam diri begitu saja,aku selidik melalui kawan-kawannya di pejabat,alangkah terkejutnya aku bila aku dapat tahu perjalanan kesana hanya ambil masa 15 minit saja,sekali lagi dia berjaya ambil kesempatan memperbodohkanku sekali gus berjaya menemui kekasih hatinya,padahal anak bongsunya ketika itu demam tapi dia tidak peduli kerana sibuk menemui kekasihnya,pada masa yang sama nenekku dan sepupuku datang dari kampung tapi sedikitpun dia tiada rasa segan atau rasa bersalah kerana hatinya sudah dikuasai kekasih hatinya....
2:38 PTG
|
Label:
Novel
|
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Dikuasakan oleh Blogger.
0 ulasan:
Catat Ulasan