Diari: Bab 51

     Hubungan suami dengan kekasihnya bukan rahsia lagi dikalangan rakan sepejabatnya,semua orang tahu kalau dia memang mempunyai perempuan simpanan,jadi bualan hangat disetiap daerah kesatu deaerah yang lain,dari ibukota kekampung halamannya,kampung halamanku,boleh dikatakan mengalahkan artis popular pada zaman itu,jadi tajuk utama dimana saja.....
      Bermacam cara yang dia cari untuk membolehkannya keluar kota,demi kekasihnya dia sanggup mereka-reka cerita konon-kononnya bosnya waktu di bandar dulu mengadakan majlis harijadi dan dia diwajibkan hadir,tidak sah kalau dia tidak menghadirinya,aku dan anak bungsuku ikutnyua kebandar tapi dia tinggalkan kami dirumah makcikku kerana katanya aku tidak dijemput,hanya dia yang wajib hadir.Aku mengalah dan hanyan menanti kepulangannya esok dalam keadaan mabuk....

      Aku sebenarnya tidak percaya adanya majlis tersebut melainkan hanya rekaan semata-mata agar dia dapat meniduri  kekasihnya.Sakit hatiku hanya tuhan saja yang tahu,mahu saja aku tempeleng dan lenyek-lenyek mukanya yang penuh kepura-puraan,bencinya hatiku seakan mahu pergi dari semua ini,tapi bila aku fikirkan anak-anak aku terpaksa bertahan walau sakitnya sesakit sakaratul maut.....

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.

Duit Sampingan