Diari: Bab 35

      Suami yang aku sangka selama ini sudah berubah sedikit rupanya masih cuba untuk mencari kepuasan di luar,dia sering keluar malam dengan alasan ada kerja lebih masa,tapi aku rasa ada sesuatu yang aneh berlaku kerana bila balik lewat malam jaranglah tidak mabuk.Kadang dia beri alasan keluar menghadiri jamuan dirumah kawan,aku kata padanya mahu ikut ke jamuan tapi dia tidak mahu mengajakku,macam-macam alasan dia beri asalkan aku tidak memaksa untuk mengikutinya,akhirnya aku mengalah,malam itu dia tidak pulang.

      Kesokkannya paginya baru muncul wajahnya penuh dengan penipuan,alasan kemalangan kerana tayar pecah,aku dapat rasakan dia bukan menghadiri jamuan tapi keluar dengan teman wanitanya...aku belum tahu siapa  kerana belum ada bukti,aku urut dadaku,kupujuk hatiku dan membisikkan pada diriku agar bawa bersabar dan terus bersabar.
      Dia terus mencari alasan,demi keperluannya dia sanggup membohongiku,menurutnya sekeping duit kertas bernilai RM100 tercicir sewaktu membeli rokok,kebetulan baru saja dapat gaji,tapi kerana selalu dibohongi aku susah untuk percaya apa jua alasan yang keluar dari mulutnya...

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.

Duit Sampingan