Diari: Bab 31

     Tanpa banyak bicara dan malas mahu bertengkar aku pasrah atas semua yang terjadi aku ambil keputusan balik kampung untuk menenangkan fikiranku yang terlalu kusut,aku sudah tidak peduli apa orang kampung kata tentang rumahtanggaku kerana bukan mereka yang merasa.

      Aku sudah tidak mampu menahan penderitaan yang dia sering berikan padaku,sepanjang berkongsi hidup dengannya,aku menerima anugerah yang dia berikan padaku,bergulung-gulung ijazah  penderitaan,kelukaan,kesakitan segalanya kuterima walau payah untukku tapi demi anak-anak aku harus pastikan yang nadiku masih berdenyut walau kadang payah untuk menarik nafas,seperti bernafas dalam lumpur...
     Sewaktu di kampung aku seakan-akan hampir dapat melupakan masalahku dengannya.. kerana aku sibukkan diri turun kesawah dengan nenek dan atuk ,kebetulan aku balik kampung musim menuai,aku  buat kerja agar dapat lupakan masalahku,Alhamdulillah masalah berkurangan sedikit disiang hari,tapi tiba malam suasana dikampung sunyi dan sepi, fikiran sering saja terganggu.

      Belum sempat aku sembuhkan lukaku sepenuhnya,dia datang menjemputku dengan anak-anak,hasrat hati memang tidak ingin kembali ke pangkuannya,kerana takut dia akan menambah luka yang telah ada.
      Tapi mulutnya manis semanis gula bila berkata-kata,lidahnya yang bercabang lembut mengalahkan ahli pidato terkenal,aku tergoda dengan pujuk rayunya yang menjanjikan seribu perubahan,lalu aku seperti kerbau nyang kena cucuk hidung ikut balik dengannya dengan penuh harapan dia akan berubah seperti yang aku mahukan dan meneruskan hidup bersamanya....
      Tapi seperti biasa dia hanya pandai berjanji tanpa pernah mengotakannya,lupa dengan sumpahnya  lupa segala-gala,tetap dengan alkoholnya,perempuannya,tanpa semua itu hidupnya tak lengkap,kerana sifatnya yang tidak pernah berubah... 
dia dikelilingi hutang keliling pinggang sehingga nafkah untuk kami jarang cukup....

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.

Duit Sampingan