Diari bab18

       Sudah tiba janjinya dengan Allah s.wt....itulah jawaban pada pemergian pakcikku yang tiba-tiba tanpa ada sakit...
kerana hal itu pernikahanku dapat bantahan hebat dari semua ahli keluargaku,termasuk atuk dari belah emak mahupun belah ayah turut menghalang hubunganku dengan J,masih terngiang-ngiang lagi atuk cakap,’’ terpulang sama kau,sebab kau yang menikah,nanti ada apa-apa kena tanggung sendiri…biasalah bila di lamun cinta pahitnya hempedu tidak  lagi terasa,asam jawa di rasa coklat,gajah depan mata sudah tidak nampak,binatang sekecil semut pun tidak mati kalau terpijak,begitulah kuasanya cinta,semuanya manis-manis seperti madu,aku ikutkan kata hati tanpa peduli kata nasihat dari semua keluarga yang seratus peratus menghalang keinginanku untuk menikahi J... kerana menurut keluargaku J bukanlah pilihan yang sesuai.
     Mungkin karut bila kukatakan moyangku pernah tilikku dan moyang mengatakan andai aku menikah juga dengan J mungkin aku terpaksa menghadapi banyak risiko,tapi moyang tidak berterus-terang denganku apa sebenarnya yang akan bakal berlaku di masa akan datang,mungkin  moyang takut aku tidak percaya,maklumlah di zaman sekarang tilik menilik bukan lagi menjadi satu kepercayaan...

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.

Duit Sampingan