Diari: bab 19

        Beberapa bulan kemudian ayah tunangkan aku dengan J walau ayah hanya terpaksa merestuiku,mungkin terpaksa kerana mengelak  dari cakap-cakap orang sekeliling bila aku dan J selalu berduaan kemana saja.
        Setelah cincin pertunangan tersarung di jari manisku aku sah jadi tunangan insan yang bernama J,aku gembira akhirnya aku bertunang dengan J yang aku anggap adalah lelaki terakhir yang bertaktha dalam hidupku, sementara belum berkahwin,J izinkan aku bekerja di sebuah kilang roti ,hidupku agak sengsara,di tambah dengan kejahatan ibu tiriku yang juga adalah makcikku kerana dia adik kepada arwah ibuku,aku tidak pernah menyangka hati makcik tidak sebaik yang aku harapkan kerana dulu nenek pernah berkata,biarlah ayah kawin dengan ipar sendiri agar anak-anak ayah tidak jatuh ketangan ibu tiri yang kejam,tapi nasibku lebih sengsara dari yang dijangka,makcikku lebih kejam dari ibu tiri,sepatutnya makcik menganggapku sebagai anak kerana aku adalah anak saudaranya sendiri....
         Kesengsaraanku amat terasa bila semua makanan makcik sembunyikan,balik dari kerja aku terpaksa berlapar.Sebagai tunangan J aku berani luahkan masalahku dengannya dan J belikan aku 10kg beras,aku bersyukur kerana J memahamiku ketika itu,apa yang aku alami tidak dapat aku lupakan sampai bila-bila...
        Disaat aku sudah bertunang dengan J,diriku yang begitu setia dan mempercayainya tidak pernah menyangka J sudah pandai menduakanku,aku hampir memutuskan pertunangan dan mengembalikan cincin setelah aku tahu J terlanjur dengan penghuni yang tinggal tidak jauh dari tempatnya menginap,sebelumnya J tinggal bersebelahan bilik denganku di rumah sewa,tapi tidak lama J berpindah setelah dapat rumah yang disediakan jabatannya,katanya lepas kami menikah tidak perlu mencari tempat tinggal kerana sudah sedia ada.Tapi kerana cinta itu buta dan aku terlalu sayang dengannya aku ketepikan segala masalah yang baru saja bermula...

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.

Duit Sampingan