Diari: Bab 2
Setelah ibu meninggal aku difahamkan ayah menikahi adik kepada ibuku, ini bermakna ibu tiriku adalah makcikku juga,menurut nenek supaya kami tidak jatuh ketangan ibutiri yang kejam,begitulah andaian orang tua,tidak lama kemudian ayah memohon pekerjaan di ibukota setelah puas bekerja sendiri dikampung,Alhamdulillah ayah diterima sebagai pegawai polis,hanya dengan kelulusan darjah enam.Sebagai pegawai yang baru ayah ditugaskan Bandar T yang agak jauh dari tempat tinggalku,disana bermula kehidupan ayah sebagai pegawai polis,makcik yang ayah nikahi tinggal dengan nenek di kampung,mungkin kerana tiada yang menjaga makan minum ayah maka ayah menikah lagi satu tanpa pengetahuan makcik dan keluarga.Tidak lama kemudian ayah ditugaskan di negeri Sarawak,setelah beberapa tahun disana baru bertugas di negeri sendiri iaitu di sebuah pulau di daerah K,setelah beberapa tahun bertugas di pulau ayah dipindahkan di pekan didaerah yang sama,barulah ayah mengajak makcik tinggal sama,isteri yang dinikahinya di Bandar T entah dimana ayah letak,kami semua tidak tahu kerana masih menjadi rahsia.
6:41 PTG
|
Label:
Novel
|
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Dikuasakan oleh Blogger.
0 ulasan:
Catat Ulasan