Didalam
daerah B, terdapat sebuah kampung yang di kenali dengan nama Kg ‘K’
yang agak terpencil jauh dalam hutan,jauh dari kemudahan, jauh dari
segala-galanya.Kalau hendak kepekan perlu menaiki bot.Di situlah aku
yang bernama 'Orkid' dilahirkan..
Aku merupakan
bayi yang malang kerana sejak lahir tidak pernah kenal wajah ibuku,aku membesar di bawah jagaan atuk dan nenek tanpa kenal wajah serta
kasih sayang ibu setelah ibu pergi menghadap Ilahi diusiaku baru
mencecah 40 hari, dulu-dulu alat untuk mengambil gambar belum ada, itu
lebih menyulitkan aku untuk menatap wajah ibu yang tercinta.
Genap usiaku tujuh tahun nenek daftarkanku untuk belajar dalam darjah satu di Sekolah Kebangsaan di kampung 'K' yang agak jauh dari tempat kediamanku.Sebelum kesekolah aku sarapan nasi yang nenek bubuh gula,terasa manis namun terpaksa aku telan jua kerana hanya itu yang mampu nenek sediakan.Untuk sampai ke sekolah, aku terpaksa menaiki perahu yang didayung oleh nenek dengan payahnya setiap pagi,sambil menungguku balik dari sekolah nenek menoreh getah untuk menambah pendapatan.Sebelah petangnya pula, atuk dan nenek mengusahakan sawah padi. Aku terpaksa ikut walau penat baru balik dari sekolah kerana tiada sesiapa di rumah....
0 ulasan:
Catat Ulasan